koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 15 September 2012
Maju Bangsa Kerana Bahasa
Wahai anak jati bangsa
bangsa kita bangsa merdeka
bangsa kita bangsa Malaysia
bersatu hati berjiwa negara.
Pertahankanlah bahasa milik kita
bahasa kita bahasa ibunda
bahasa kita bahasa Malaysia
megah berdiri di persada dunia.
Tegak tali kerana ikatannya
tegak diri kerana bahasanya
biar menjadi agenda bangsa
kekalkan bahasa di jiwa senantiasa.
Bersatu kita memartabatkan bahasa.
ss/spl/pm ... 15/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment