koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 15 September 2012
Mantara Malam Pengantin
Pejamkan mata bukalah minda
pendamkan duka bicaralah cinta
bersatu alam di langit kelam
di sebalik malam pekat menghitam.
Wahai petala di kerak bumi
kembali berjiwa di dalam hati
duduk bersimpuh di langit ke tujuh
tidak ...kan jatuh tidak ...kan ampuh.
Agar tersimpul bisa dilerai
biar tersembul mampu dihurai
bagai aliran sungai hakikat
menjadi saliran alur makrifat.
Bersatu pendinding bersatu keramat
bersatu tangkal dengan azimat
penawar racun berbilas embun
salam kusantun cinta terpegun.
Rindu kekasih - kekasih kuseru
datang padaku - datanglah ke peraduanku.
Menjadi pendamping di kamar bersanding.
ss/spl/pm ... 15/9/2012.
(lama tak main mantara ni...hik hik hik)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment