koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 8 September 2012
MAYAPADA SUNYI
Andai kejujuran tiada bererti lagi
relalah aku mengundurkan diri
membawa hati yang kian menyepi
membawa diri dari mayapada bermuslihat ini
dari aku terus-terusan disakiti
dan! ... ,
dari aku berterusan menyakiti
hati insan-insan yang aku kasihi.
Izinkanlah aku pergi.
ss/spl/pm ... 8/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment