Thursday 13 September 2012

Monolog Seorang Pujangga Kesepian



Terkadang aku bermonolog bersendirian
apakah mungkin aku kekalkan ilham yang terhidang
tanpa rasa gusar ianya menghilang
dan tanpa ada sedikit pun rasa cuak ilhamku akan kecundangan
dan rasa goyang
bahawa ilham yang mendatang akan mula berkurangan
menipis dan terus ghaib tidak terhalang
dibawa bayu terbang melayang
yang tinggal hanya suatu ruang di sudut kekosongan
di minda yang kering lagi gersang.

"Aduhai! ... bermonolog aku bersendirian".

ss/spl/pm ... 13/9/2012.



No comments:

Post a Comment