Thursday 13 September 2012

Neesha



(Sebuah Lagu Berentak Padang Pasir)

Neesha oh Neesha

Kaupemberi kekuatan
untuk aku teruskan kehidupan
menempuh jalanan yang gersang
di padang pasir yang usang.

Neesha oh Neesha

Berbahagialah engkau Neesha
dirahmati kebesaran Tuhan
kerana kautelah menunjukkan aku jalan
kebebasan dari kekufuran.

Neesha oh Neesha

Kesombongan dan ketamakan
membutakan pemikiran
yang jauh menyimpang di persimpangan
akhirnya aku pulang ke pangkal jalan.

Takdirku ... kerana cintamu Neesha.

ss/spl/pm ... 13/9/2012.



No comments:

Post a Comment