Thursday 6 September 2012

RUNTUHNYA INSTITUSI KEKELUARGAAN



Hancur! Hancur!

Hancur anak bangsa
Apabila institusi kekeluargaan
Terpesong dari landasannya
Akibat tamakkan nikmat dunia
Yang telah disalah guna.

Sang bapa dengan gila judi ekornya
Saban hari dengan mengira-ngira
Nombor mana yang akan menjelma
Anganannya menggila
Sekali kena pasti ... kan menjadi kaya
Tapi hampeh satu pun tidak pernah mengena.

Sang abang menjadi pembekal dadah durjana
Mengedar kepada putraputri harapan negara
Terjerumus akan maya pada sengsara
Sehari tidak menghisap sedutnya
Menggigil tubuh mengelegak ubun-ubun kepala.

Si kakak menjadi bohsia menjual tubuh di gelanggang lumba
Untuk mendapatkan barang melepaskan ketagihnya
Akibat diperdaya mat rempit durhaka
Menghayalkannya ketika baru menginjak dewasa
Sebelum dirogol bergilir-gilir dalam ketidak sedarannya.

Si ibu asyik dengan perniagaan warung kopinya
Di kaki lima lorong hanyir berleluasa
Mengumpat jantan-jantan katanya tidak berguna
Makan hasil lendir pelacur-pelacur mengangkang kerjanya
Tapi disewakan biliknya yang ada
 Buat pelepas nafsu serakah pelacur dan pelanggannya.

Si anak kecil yang tidak tahu apa-apa
Menjadi kuli kepada emaknya
Bila ada pelacur dan pelanggannya datang menyapa
Disuruhnya si anak kecil mengiringi ke bilik yang hendak digunasewa
Mengikut kadar jam sekali diguna
Akan si anak kecil menurutlah sahaja
Tidak tahu apa dibuat oleh mereka di dalam bilik sana.

Apa nak jadi ni!!!?
Apa nak jadi kepada masyarakat kita?
Apa akan terjadi pada anak kecil yang berhingus hidungnya?
Bagaimanakah nanti masa hadapannya pula?

Beginikah keadaan institusi kekeluargaan  yang didewa-dewa
Telah berleluasa di lorong-lorong hanyir ibukota
Ditutup mata oleh sang penguatkuasa
Sesekali sahaja dibuat serbuan untuk mengaburkan mata
Kerana ada habuan untuk mereka
Berhuluran ribuan ringgit pastinya di bawah meja
Mengisi poket  mereka setiap bulan tanpa penyata gajinya..

Cubalah buka mata wahai tuan-tuan budiman semua ... .

Ss/spl/pm ... 6/9/2012.


No comments:

Post a Comment