koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday 16 September 2012
Senyumanmu Menawanku
Wahai kauburung berpelepah biru
ke marilah kepadaku - berdampingan denganku
aku telah tertawan akan keanggunan senyumanmu itu
yang engkau ukirkan di wajah manismu
menjadi penguat semangat hatiku
dalam menghadapi kemelut diri yang berjerebu
sentiasa bermain dalam benak resahku.
Wahai burung berpelepah biru - aku kini milikmu.
ss/spl/pm ... 16/9/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment