koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday 11 November 2012
Lembah Maut
Maut,
menanti di lembah ini
sunyi, dalam erti kata mati
sepi, di dalam kanta berkaca di hati
menunggu waktu untuk dibicarai
menanti saat untuk dikebumi
setelah kepercayaan hati dikhianati
setelah keikhlasan hati dinodai
setelah cinta diberi
dipandang sepi
tiada bererti
oleh penjarah tiada beretika kasih nan suci
hanya mempersendakan ayat-ayat cinta diberi
suci dipandang nyeri
sanubari ditikam belati
menusuk hati
kasih dan cinta disentap ngeri
biadap sekali.
Lembah maut bersangkakala di hati.
ss/spl/pm ... 11/11/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment