Saturday 10 November 2012

Lembah Pemancing


Lembah pemancing
memancing hati
yang tenat, nazak
kepenatan ini
dari hari ke sehari
bulan ke bulan
tahun ke tahunan
lelah menari
tarian yang tidak ingin ditari
dicatutentu 
oleh pereka-pereka tari
yang tidak pernah ingin mengerti
apa yang aku dambakan selama ini
hajat di hati,
apa mahu mereka
itu yang dipinta oleh mereka
paksa memaksa
nadi kehidupan tembolok mereka
tidak pernah mahu mendengar 
perkataan tidak,
semuanya mesti dilakukan
mengikut catuan, segera.

Lembah pemancing memancing hati, percutian menanti.

ss/spl/pm ... 10/11/2012.


No comments:

Post a Comment