koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 16 November 2013
50pp: Motivasi Pagi
Ingatlah
beratus tahun bangsa Arab berbalah
silap kecil boleh bawa padah
Islam diutuskan Allah
anak Aminah dan Abdullah
jadi utusan penyelamat ummah
dia Rasulullah
hadir membetulkan akidah
bawa ajaran sungguh indah
subur rendangkan mawaddah
menyimpul kejat ukhuwah
silaturrahim kian bercambah
jadi jangan sesekali memecah belah
itu tak mengikut ajaran sunnah.
CNM, 16/11/13, BBBangi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment