koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday 12 November 2013
50pp: Motivasi Petang
Di celah-celah kehidupan
terlalu banyak pengajaran
saksikan yang membawa kebaikan
jauhi yang membawa kehancuran
kerana kita punya pilihan
diberi akal membuat pertimbangan
elak jurang dah lembah kehinaan
dakilah ke puncak kemuliaan
berpaksikan ajaran kebenaran
kutip sebanyak mungkin amalan
sepanjang jalan ke titik akhiran
moga sendat bekalan
buat hidup tiada sesalan.
CNM, 12/11/13, BBBangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment