Saturday 16 November 2013

CERITA ANJING II


'Anjing' R.O.S:

"Kami tuntut minta maaf 
tarik balik pernyataan
kerana sensitiviti melayu beragama Islam
agar jangan sesekali disamakan kami 
dengan anjing"

Ya!...saya pun sama
sama-sama meminta mereka ini
malah saya tuntut mereka 
minta ampun dan maaf
kepada seluruh keluarga pekerja R.O.S
yang disamakan dengan 
'anjing'

tetapi 

ada yang memusykilkan saya
dan tertanya pun ada juga, 
kenapa?

...bila diperkatakan 'anjing polis'
yang banyak berjasa
membantu menjaga ketenteraman negara
membenteras jenayah
agar negara aman sentosa
rakyat hidup rukun dan damai
bebas jenayah

atau

bila kita sendiri menyebut
'anjing kolar biru'
yang banyak menyusahkan pekerja
menjadi tali barut syarikat
'barua'
sehingga ada yang dibuang kerja
tidak pula 
mahunya kita melenting.

Bukankah ada di kalangan 'anjing polis'
atau 'anjing kolar biru' ini, berbangsa melayu
beragama Islam
sama juga seperti kita
sama juga dengan mereka 
di dalam R.O.S.

Kenapa ya!...kenapa kita menyepi?

Kenapa kita tidak melenting?

Mmmm...satu kemusykilan
pada diri saya.

Sazalee Sulaiman ... 16/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment