Thursday 14 November 2013

IZINKAN AKU KEMBALI


Buat terakhir kalinya 
aku merayu untuk kembali
menghuni tahta jiwamu yang pernah terluka

aku juga terluka sayang
terluka kerana melukakanmu
terluka kerana kesilapanku
terluka kerana belum bisa mengubat lukamu

berhentilah di sana
berhentilah dari terus membisu
kurayu ruang dan peluang kedua
semuanya kerana kau masihku cinta
semalam, hari ini dan selamanya
janjiku untuk selamanya

~danhayati~
141113 19:08pm


No comments:

Post a Comment