Friday 8 November 2013

KLISE EGO LELAKI


Kauamat setia
itu aku akui.
Bukan tiada 
lelaki yang cuba
menakluki cintamu
tergiur
berjejeran liur
menatap kemantapan 
tubuh genit
montokmu.

Tapi bagimu
kesetiaanmu hanya untukku
tiada lelaki lain
di dalam hidupmu
hanyalah aku.
Sehinggalah benih
aku
mula menunjukkan perubahan
tubuhmu
kamu disahkan
mengandung; anakku.

Aku panik
harus bagaimana nanti?
...aku juga sudah beristeri,
dia juga mengenali kamu
kerana dia juga 
pekerja atasan kamu.
Perlukah?...aku berterus terang
padanya
bahawa kamu;
dan kandungan di perutmu itu
adalah milikku,
adakah dia akan menerimanya?

Keputusanku...aku harus lari
menghilangkan diri
klise seorang lelaki tidak bertanggungjawab,
kamu aku berhentikan kerja
bertujuan menutup segala perbuatan kejiku
dan aku keluar dari Kuala Lumpur
berpindah ke rumah baru
tanpa khabar untukmu,
kamu aku tinggalkan begitu sahaja.
Aku juga tahu
kamu tidak akan membocorkan rahsia
dan menjatuhkan maruahku
...kerana cintamu.

Maafkan aku, maafkan aku.

Sazalee Sulaiman ... 08/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment