koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday 7 November 2013
MUHARRAM
Pergilah hari dengan sejuta dosa
rintih dan keluh kelmarin
biar hilang ditelan masa
dan esok yang datang
ingin kutatang dengan iman
penuh tawadduk dan keberkatan.
Muharram
beralih hari
usah lagi berpedih peri
12 bulan kujejaki
dalam gundah
resah gelisah
bila segalanya mengajar
rindu tak terkejar
di sesat alpa..
Aku ingin
esok yang bermula
ada do’a menguja
pengisian lebih bererti
tidak lagi terlewati
dan segala yang mungkar
tidak lagi menyasar.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
9.38pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment