koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday 15 November 2013
PANTUN LUCU
Atas batas terpijak semalu,
tepi perigi membasuh darah;
senyumku tak dibalas kusangka malu,
rupanya gigi rongak di tengah.
Anak gajah terminum soda,
anak kera ketawa sakan;
melihat wajah hati tergoda,
dengar suara rupanya jantan.
Bapa buaya tidur di hotel,
anak kelawar menonton wayang;
berjalan bergaya mengalahkan model,
tak sedar seluar koyak di belakang.
Qalam Bertinta
Klang
14112013
2323pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment