koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday 8 November 2013
PENGORBANANMU
Semalam aku keji
semalam aku jijik
kelakian aku
aku gunakan di jalan yang salah
ketampanan aku
aku gunakan untuk kesenangan diri
kelicikan aku
kini membelenggu langkahku.
Setelah sepuluh tahun
aku berpindah randah
bertukar kerja
akhirnya aku engkau jumpa
di tempat sekangkang kera
kita bersua
ahh!...mungkinkah itu karma?
Segala perbuatan
pasti ada balasannya.
Engkau hadir
di saat aku 'terduduk'
jatuh dalam dosa semalam
ekonomiku tidak menentu
kekayaanku dahulu
lenyap sekelip mata
muflis
mengejar aku...,
mungkin inilah pembalasan
kerana kejijikan diri
seorang aku.
Engkau hadir
bersama zuriatku
dari dosa-dosa semalamku
menagih janji
hidup bersamaku
walau engkau tahu
aku tidak
seperti dahulu
kerana bagimu
aku tetap milikmu
'suamimu'.
Aduhai!...pengorbananmu;
'memaafkan' aku....
Sazalee Sulaiman ... 08/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment