koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday 15 November 2013
RENUNGAN
Brrrrrr, assalamualaikum...sejuknya pagi ini dalam kekangan cahaya, bumi berselimut dan tulang-tulang terasa malas. Indah, suasana aman, damai, dioles dingin menyapa wajah-wajah mati di malam hari dan rerumput basah, unggasnya berkicau riang, bertebarab terbang mencari makan.
Ahh!...bicara apa lagi yang mahu dikatakan selain kesyukuran kepada Allah SWT yang memberi rahmat kepada setiap penghuni bumi yang dicintai-Nya. Maka...marilah kita menyusun sepuluh jari dan menadah tangan mengucapkan terima kasih kepada-Nya yang sentiasa tidak melupakan hamba-hambaNya yang acap kali melupakan Dia.
Bertebaranlah kita di bumi Allah ini seperti sang unggas yang bersyukur di dalam setiap kicau doa mereka. Mencari rezeki demi keredaan-Nya. Amin.
Bersyukurlah kita atau kufurkah kita akan nikmat yang Allah beri?
Renung-renungkanlah dan marilah kita sedekahkan al-Fatihah tanda kesyukuran dan sedekah jariah kita kepada semua insan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, ibu bapa, anak isteri, sanak saudara, guru-guru dan para mujahidin yang berjuang di jalan Allah SWT. Amin amin amin ya Rabbal'alamin.
Al-Fatihah.
Sazalee Sulaiman ... 15/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment