Friday 8 November 2013

SEJARAH YANG LALU III


Indah saat itu
hanya engkau dan aku
yang tahu
mata bertatapan
lidahku 
kelu tidak berbahasa
ikhlasnya kamu
menyapu peluhku
menggegarkan jantungku
yang kehausan
belaian.

Dan dari saat itu
engkau dan aku seperti belangkas
ke mana sahaja pergiku
di situ pasti ada kamu
di mana ada kamu
pasti aku akan membontotimu
selayaknya kita 
sebagai pasangan kekasih
yang tidak mampu digugat
mata-mata memandang.

Kaurela
dengan sepenuhnya hatimu
cinta yang engkau damba
hanyalah cinta dariku
sematangnya usiaku
walau telah berpunya
itu yang engkau mahu
bukan seumpama
...si bujang
dan kegelojohan mereka.

Belaian tanganku
tidak pernah engkau menolak
kemahuan nafsuku
tidak mungkin engkau tepiskan
kerana bagimu, akulah suami
walau tanpa ikatan yang sah
merantai aku
di telapak kakimu.

Ahh! Indahnya 'bulan madu'....

Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment