Thursday 7 November 2013

SEJARAH YANG LALU


Ah!...kusingkap kembali
sejarah yang lalu
sewaktu kita mula bertemu
menyemai cinta dan rindu
sehingga keterlanjuran
bertamu
dikau dan aku
bergelumang cinta yang padu.

Waktu itu...,
engkau hanya pekerja bawahanku
tidak lebih dari itu
selalu bersamaku
dalam menggalas segala tugas
dan bebanan
yang aku berikan kepadamu
tanpa sekali rungut
dari mulutmu.

Engkau sungguh berdedikasi
walau umurmu baru duapuluh tiga ketika itu
setia menjalankan amanah
yang terpikul
di bahu lembut gadismu
periang,
dan amat disenangi pembeli
yang selalu berurusan denganmu

inikan pula aku!

Aku pula ketika itu, sudah berusia
hampir menjejaki tigapuluh empat tahun
kesepian
kerana selalu ditinggalkan
isteriku
yang saban minggu
dan bulan
ke luar negara atas urusan kerja.

Ah!...bersambunglah dahulu.

Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment