koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday 10 November 2013
SENYUM SENDIRI
Kalau takut dilambung ombak
jangan berumah di tepi pantai,
kalau takut jari terbakar
jangan sekali bermain api,
kalau takut sakitnya hati
jangan racun hendak ditelan,
kalau takut hati cemburu
jangan mengharap si payung emas,
kalau takut berkongsi suami
jangan dipinta bahu menggalas
kerana hati ini bukannya besi
keras dan mati.
Sazalee Sulaiman ... 10/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment