Wednesday 11 December 2013

50pp: Motivasi Pagi


Mungkin ramai tak menyedari
bilamana ada yang diuji
diberi sedikit limpahan rezeki
mula meninggi diri
hak awam dinafi
semua nak dijadikan privasi
menindas sesama sendiri
jadi jangan mudah lupa pada Ilahi
bahawa Dia maha pemberi
jangan sesekali mengkhianati
bersyukur atas kelebihan dinikmati
bukan menindas tanpa pekerti
guna akal dan berbudi

CNM, 11/12/13, BBBangi.


No comments:

Post a Comment