Friday 13 December 2013

50pp: Motivasi Pagi


Ilmu bermutu
andai disimpan ia membeku
lama kelamaan luput ditelan waktu
andai dikongsi ia bertambah padu
bercambah jadi amalan selalu
jadinya usah kedekut ilmu
mengajar pada yang mahu
menurunkan pada yang perlu
moga dengan perkongsian itu
bertambah ramai yang berilmu
membangun potensi diri ke mercu
jadi satu bangsa yang maju.

CNM, 13/12/13, BBBangi.


No comments:

Post a Comment