koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday 6 December 2013
50pp: Motivasi Pagi
Hati-hati
selidik dulu dengan pasti
hal-hal yang datang tanpa bukti
ramai yang cepat menuding jari
salah orang lain dicari-cari
sedang butir perkara belum diselidiki
cepat percaya membuta tuli
ini sikap tak patut diwarisi
salah faham boleh terjadi
kelak memalukan diri sendiri
sesuatu perkara perlu diperhalusi
baharulah keputusan tepat bererti.
CNM, 6/12/13, Kg. Joh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment