koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 7 December 2013
50pp: Motivasi Pagi
Anak! Perlukah ayah bonda
merayu meminta-minta
sedikit ruang dan masa
buat membugar kasih mesra
sedang telah sepenuh jiwa
pun mempertaruhkan nyawa
buat kamu semua
sedarlah sebelum hilang satu doa
doa kedua ibu bapa
yang mengiringi ke puncak jaya
apalah sangat menjengah mereka
bukan wang berjuta dipinta
cukup dengan menunjuk muka.
CNM, 7/12/13, Trolak Selatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment