koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday 6 December 2013
AKU HANYA PAPARAZI
Terkadang di masa ini
akal manusia sepi
dapat kita tatap, kita saksi
di dalam aplikasi
laman sosial terkini
betapa ambisi
dikawal medan nafsi
ingin merasai
nikmat disaji relung hati
berdenyut celahan kaki
segala imaginasi
cuba direalisasi jari
segala mimpi diuli
di sebalik tebing bisu-tuli
bergelumang tahi
nafsu serakah mengungguli
kerja syaitankah ini?
Bilik hotel tidak digunakan lagi
pesanan peribadi bertukar ranjang gerudi
sebelah tangan menekan papan kekunci
lima jari lagi menari-nari
di dalam giat ilusi.
Katanya! Seks selamat diterokai
tiada siapa melihat kemungkaran terjadi
tertumpahnya mani
hanya di cadarnya sendiri
boleh dicuci kembali.
Nah!...renungkanlah sendiri
maafkanlah aku, aku hanyalah paparazi
di muka-buku ini.
Sazalee Sulaiman ... Nilai, N.S.
06/12/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment