koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday 10 December 2013
GURINDAM KECINDAN
Biar membujur lalu melintangnya patah,
akan kuterjah dari segenap arah.
Biar amukannya sebesar gajah,
akan kutepis dengan kuman sebesar zarah.
Biar kehausan di tanah berlembah,
akan kujelir lidah datangnya menadah.
Biar terdampar di tanah gundah,
akan kubangkit tidak menyerah.
Biarlah, biarlah, biarlah.
Mamak!...sirap-limau ais satu berwarna darah,
nasi kandar ayam madu satu kawah.
...'sigerak'.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
09/12/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment