Monday 16 December 2013

KENYATAAN


Leraikan resahmu di jendela insaf
biar angin menghilirkannya ke hujung sedar
agar ia tidak akan pernah datang menyinggah
lalu menyapa rawan yang menyingkir damai
untuk engkau kecapi nikmat rasa sebuah tenang
tika pengabdian hidup mula melontar sejarah
dalam perjalanan yang menyusur denai cabar
dan usah kaurebah sebelum kaki menancap kukuh
pun jangan mengalah biar temulang dimamah masa
juga hidup ini bukan satu sandaran
untuk menunjang syurgawi di ubun dunia
kerana mati bukan pengakhiran
dan hidup juga bukan selamanya.

Qalam Bertinta
Klang
16122013
1327pm


No comments:

Post a Comment