koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday 16 December 2013
KISAH PAGI TADI
Kisah ini
kisah pagi tadi
dalam kelam sunyi
embun sepi
gambar kupetik tiga kali
tanpa mentari melimpahi
menemani
hanya cahaya BlackBerry
menyirami kepekatan pagi.
Terkilan masih aku rasai
susah untuk aku gambarkan di sini
perasaan berbelah-bahagi
dengan bahasa-basi
cubalah saudara-saudari
tafsirkannya sendiri.
Hanya sekadar berkongsi.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
16/12/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment