Recent Posts

Friday, 13 December 2013

KUASA MINDA

Adat lubalang berpencak silat,
Kekuda dikukuh pasaknya jati;
Gerakan pantas umpama kilat,
Musuh perhati gerun di hati.

Di pantai ini silat bergayung,
Langkah pahlawan mendabik dada;
Musuh ditampar pasti terhuyung,
Belum terjadi dimainkan kuda.

Haha!....

Aku mengaum laksana singa,
Walaupun tubuh sebesar hama;
Musuh yang jauh terpinga-pinga,
Tidak disangka hanyalah gema.

Itulah kehebatan kuasa minda.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
13/12/13.


No comments:

Post a Comment