koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 14 December 2013
MAMAT DAN HUJAN
Hujan oh hujan!
Kenapa engkau turun petang?
Macamana aku tak turun petang
petanglah hatimu berdendang.
Hujan oh hujan!
Mana kautahu aku sedang berdendang?
Harus bagaimana untuk aku katakan
telah aku kenali dirimu seantero jagat.
Hujan oh hujan!
Bolehkah aku minta satu permintaan?
Begini!...hujan oh hujan!
Boleh tak engkau belikan aku pisang goreng?
Tak nak banyak!...barang sepinggan.
Engkau ingat aku turunkan duit ke apa?
Mamat oh mamat! Mamat si parang kontot.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
14/12/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment