Sunday 8 December 2013

MELAYU KITA MELAYU


Melayu itu ada umbi di bawah akarnya
lahir dari laluan berabad
berdiri dari atas mata tajam yang membunuh
telaga akal jadi laut fikir
ombaknya merentas sempadan
buihnya mencorak huruf
lembarnya bukti.

Melayu itu bangsa
ada bahasanya
peradaban bukan pada nilaian kuasa
itu sejarah
lembar itu telah dilacurkan
pisahnya laut
kita tuannya
bertuan lain yang empunya.

Melayu itu bahasa
bersila kejap
bersimpuh indah bicara
kita masih melaluinya
bukan dengan pilihan
tetapi kemestian
kerana melayu itu kita.

Qalam Bertinta
Klang
07122013
2339pm.

No comments:

Post a Comment