Wednesday 11 December 2013

RENUNGAN


ADIL!...apa itu adil? 

Adil bagi saya adalah bersifat sama-rata di dalam setiap perbuatan, pemberian malah kehidupan. Sebelum kita menyebut tentang keadilan yang orang lain berikan(bos atau sesiapa sahaja yang kita berurusan) ataupun bila kita menyatakan Allah itu Maha Adil dalam membalas segala kezaliman yang dilakukan terhadap diri kita, baik kita bertanya kepada diri kita dahulu; adilkah kita kepada orang sekeliling kita? Adilkah kita apabila kita terlalu berkira dengan rakan sejawatan kita? Atau...adilkah kita terhadap diri kita sendiri yang tidak memikirkan perasaan orang lain hanya perasaan kita sahaja yang kita fikirkan?

Bagi saya itulah keadilan dari Allah yang membalas dahulu perbuatan kita sebelum membalas perbuatan orang lainnya terhadap kita. Apabila kita mengatakan tentang ketidak-adilan tetapi dalam masa yang sama kita sendiri tidak adil pada orang lainnya.

Renung-renunglah dan bermuhasabah diri terlebih dahulu dengan fikiran yang terbuka kerana Nabi Muhammad SAW pun pernah berpesan...doakanlah yang baik kepada semua insan di sekeliling kita usahlah didoakan yang tidak elok kerana Allahlah yang sebaik-baiknya Hakim dalam menurunkan hukuman(pembalasan).

Saya suka betul peribahasa ini...'MELUDAH KE LANGIT PASTINYA TERJATUH KE MUKA SENDIRI'

Renungkanlah.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
11/12/13.

No comments:

Post a Comment