Tuesday 10 December 2013

(sambungan) HASRAT TERPENDAM


Detik berlalu, setelah tamat SPM aku dan rakan-rakan telah bekerja di sebuah kilang yang terletak di Pasir Gudang. Waktu bekerjaku bermula jam 3 petang dan berakhir jam 11 malam. Seperti biasa aku akan melalui jalan di mana gelanggang sepaktakraw menjadi tempat ana-anak muda bermain. Dari jauh kelihatan seorang yang aku kenal wajahnya, duduk disebuah bangku. Siapa lagi...Zai, sambil tersenyum memandangku. Aku hanya membalas senyumnya. Pernah juga waktu pulang dari kerja Zai ada di situ. Seolah-olah tahu waktu pulangku.
"Tak takut ke balik malam-malam ni" Zai menegurku.
"Tak...dah biasa" jawabku.

Suatu hari adikku memberitahu ada seseorang yang mengutus salam buatku.
"Siapa yang kirim salam?" aku bertanya.
"Abang Zai kirim salam kak" adikku menjawab sambil menerangkan bila dan di mana Zai memintanya menyampaikan salam tersebut.
"Waalaikumussalam" aku menjawab salam itu sambil bibirku menguntum senyum.
Sejak hari itu adikku menjadi orang perantaraan antara aku dan Zai.

Setelah 3 bulan bekerja, aku telah mendapat tawaran belajar di Segamat. Aku menerima tawaran tersebut. Bermulalah kehidupanku dengan pembelajaran yang baru di tempat orang. Kerinduanku terhadap keluarga di JB adakalanya membuatkan aku menitiskan air mata. Maklumlah tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Masih segar diingatanku, ketika pulang bercuti, aku ke rumah Ayu yang terletak berhampiran dengan rumah guruku. Kebetulan Zai ada di tepi jalan lalu menegurku.
"Assalamualaikum...nak ke mana?" tanyanya perlahan.
"Nak ke rumah Ayu sekejap" jawabku sambil memandangnya.
"Dah lama tak nampak, pergi mana?" tanyanya lagi.
"Sekarang ni duduk di Segamat, belajar" jawabku.
"Patutlah jarang nampak" ujarnya lagi.
"Yang kau sibuk tanya dia kenapa?" seorang rakan Zai mencelah.
"Saja je nak tanya. Takkan tak boleh" Zai menjawab kata-kata rakannya itu.
Aku hanya senyum sahaja bila mendengar kata-kata Zai.
"Habis tu...ni ada pula?" Zai bertanya lagi. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku.
"Balik cuti...sekejap je ni. Lusa dah nak balik Segamat semula" terangku semula.
"Dah nak balik Segamat?" tanya Zai lagi.
"Ya..." pendek sahaja jawapanku.
Saat berpandangan, sambil berbalas senyuman aku berlalu pergi meninggalkan Zai yang meneruskan perbualan bersama rakannya.
Sempat kutoleh ke belakang seketika. Rupanya Zai masih memerhatikanku.
Secara tiba-tiba ada debaran yang kurasakan.

~ bersambung ~

ZIE 10/12/2013

No comments:

Post a Comment