koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday 6 December 2013
SELAMAT JALAN
Hari ini aku hilang engkau
menyelinap senyum dari raut wajah
dalam bayangan
mencari dirimu yang kelmarin.
Engkau pernah menangis
kala lukamu membarah
cerita malang
diolah pertualang.
dan degup jantungmu
telah lama terhenti
memandang dunia
dalam relung kosong.
dan sepi pun mengigit
dalam sakit dan perit.
Selamat jalan, kawan
hari ini segalanya sunyi
tenanglah engkau
titik-tiitk hitam tiada lagi
rindu pun mengamit
dalam hujan rintik-rintik.
di peraduan yang panjang
engkau di sambut
kekasihmu yang dulu.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
6 Dis 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment