Sunday 15 December 2013

SENJA YANG MEMANAH MATAHARI


Rembang gugur di kaki senja
itu cerita petang
kelangsungannya terbatal
matahari dipanah senja
perdu langit entah ke mana
tak perlu ditanya malam
untuk apa hadirnya
sedang siang berundur sendiri
tanpa menggugurkan daun paksa.

Sebenarnya aku di kaki senja itu
duduk sambil menajamkan ingat
tidak kuingin berbicara dengan malam
kerana bukan aku yang mengundangnya
rembang itu juga entah ke mana
mungkin merajuk
singgah di lain tempat
bercumbu dengan harap.

Sepertinya ingin sahaja aku tidur di situ
bersama senja mengusir malam
menjemput kembali rembang
untuk petang bercerita
tentang senja
yang memanah matahari.

Qalam Bertinta
Klang
15122013
1507pm

No comments:

Post a Comment