Recent Posts

Sunday, 8 December 2013

SOAL JAWAB DBP


Soalan:
Salam. Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan "insya Allah" ada tanda sempang, "insya-Allah". Tetapi, dalam rujukan Khidmat Nasihat, ada yg menyatakan ejaan yg betul "insyaAllah" dan ada yg menyatakan "insya-Allah". Mohon pencerahan. T.k.

Jawapan:
Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Ejaan 24.07.2013

*****
Soalan:
Yang mana paling tepat: 
a) Insya-Allah 
b) Insya Allah 

Jawapan:
Jawapan yang tepat ialah insyaAllah Tatabahasa 15.02.2012

*****
Soalan:
Yang manakah betul "insyaAllah saya datang" atau "insya-Allah saya datang"

Jawapan:
Ejaan yang betul ialah "insya-Allah saya datang" Ejaan 21.07.2011

*****
Soalan:
Benarkah cara menulis kata ganti diri bagi Tuhan adalah begini, kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah, masya-Allah dan sebagainya? Adakah salah jika tidak diletakkan sempang?

Jawapan:
Ejaan yang betul ialah kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah dan masya-Allah. Salah dari aspek ejaan jika tidak meletak tanda sempang. Ejaan 29.10.2011

*****
Soalan:
Ingin tahu ejaan yang betul untuk: 
1) insya allah. Perlu didekatkan atau jarak? 
2) hamba-hamba Ku. "Ku" merujuk kepada Tuhan. Perlu dijarak atau didekatkan perkataan "Ku"? 
3) Tuhan ku. "Ku" merujuk kepada aku. Perlu dijarak atau didekatkan? Sekia, terima kasih.

Jawapan:
Saudara,
Ejaan yang betul ialah : 
i. insya-Allah 
ii. hamba-hamba-Ku 
iii. Tuhanku
Ejaan 08.11.2010

*****
Soalan:
Saya ialah penggunaan ejaan berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, termasuk ejaan insya-Allah. Saya berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan kelemahan ejaan itu di Facebook. Bahan yang disebarkan itu dikatakan bersumber daripada Dr. Zakir Naik. Sebaran itu meminta pengguna bahasa Melayu agar menggunakan ejaan In Shaa Allah (tiga patah perkataan). Saya mendapati sudah ada guru menggunakan ejaan ini. Apakah pendirian DBP?

Jawapan:
Ejaan yang telah ditetapkan oleh DBP ialah insya-Allah. Ejaan 30.12.2012

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Insya-Allah&d=10

No comments:

Post a Comment