koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday 13 December 2013
SYAIR BERPIALA
Diludah mentari di ubun berembun
tiada mimpi datang kerumun
lenaku sepi jagaku pegun
tubuh yang mati bertanah kebun
hanya sedetik mata tertutup
tidak kupetik madu kuhirup
noda berbintik kerayung redup
rindu berputik cinta menyusup
ahh!...apalah hajat mainan minda
tubuh berbirat tenatlah dada
lidah tersekat di dalam keranda
datang menyakat di teratak bonda
aku mencari mimpi.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
13/12/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment