Saturday 8 February 2014

14 FEBRUARI PERANGKAP CINTA


Anak-anak muda 
suka cinta
sayang cinta
menyanjung cinta
mengagung cinta
cinta manusia
bukan Pencipta
di dalam hidup
di dalam jaga
di dalam tidur
hanya cinta
didamba
di dalam wayang
di dalam drama
di dalam cerpen
di dalam novel
di dalam puisi
di dalam syair
sering dimainkan
menjerut jiwa
menerawang hati
kerana cinta
di tepi kamar
di atas katil
di dalam kereta
di bilik air
asyik bercinta
alpa kerana cinta
beri bunga kerana cinta
dapat cinta kerana bunga
dapat bala azab seksa
mengandung sendiri
menangis sendiri
kerana terlupa
kerana cinta 
jiwa binasa
hati terluka 
tubuh merana
kerana sememangnya
tiada syurga di dalam dunia
tiada syurga dalam cinta
yang ada hanya perangkap cinta
menunggu mangsa
terkangkang 
ranjang.

Masihkah mahu terleka?

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
08/02/14.

No comments:

Post a Comment