Recent Posts

Monday, 9 June 2014

ANTOLOGI

BUNGA KERTAS

Akar selirat
Daunnya subur
Bunga tiada.

Belum musim.

Sazalee Sulaiman
Wangsa Maju.

*****
KUMENANTI DI PINTU SYURGA

Kokokku bergema
Nyaring seperti biasa
Menanti tuan aku
Di hadapan pintu syurga
Bersama secebis roti
Kegemaranku.

Desaku sebuah kota.

Sazalee Sulaiman
Wangsa Maju

*****
DENAI KENANGAN

Kulawati umbut kehidupan
Menyapa kenangan semalam
Remaja ditinggalkan
Dewasa mengacah datang
Pergi tidak disuruh
Datang tidak dilurut
Senja terhidang.

Di denai kenangan bidang.

Sazalee Sulaiman
Wangsa Maju.

No comments:

Post a Comment