Recent Posts

Friday, 6 June 2014

BUNTU


Berpencak di medan fikir
mengagah
tidak memecah

minda sumbing
bertubi-tubi tetak
tidak meretak

malah patah
ilham dirempuh
terasa ampuh

mungkinkah sumbang
akal ditunggang
rambang.

Loya mendatang.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
06/06/2014
8 Syaaban 1435
16.50pm.

No comments:

Post a Comment