Recent Posts

Thursday, 5 June 2014

MENUNGGANG RASA


Bagai melepas anjing tersepit,
pabila bersenang-lenang kita digigit.

Kerana keluarga relalah aku beralah
kerana saudara relalah aku mengalah
kerana anak buah relalah aku bergalah
dan dalam alah aku juga yang kalah.

Kuguris langit yang biru
berbekalkan joran di tanganku.

Seperti musafir di mega kelabu terarah
tidak besar tangan menadah
tidak kecil sudu berkuah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
05/06/2014
7 Syaaban 1435
15.00pm.

No comments:

Post a Comment