Recent Posts

Thursday, 5 June 2014

PUKAUAN ALAM RIMBA


Sunyi tidak terasa
simfoni alam bergema
katak ramah menyapa
cengkerik pun turut serta
berpadu suara.

Riuh alam semesta
temasya makin menjelma
dunia seni dibina
lopak bagaikan pura
disko di rimba.

Hujan turut bersama
beralun di zink menimpa
bagai marakas bunyinya
bersamba
menari di piala dunia.

Ahh! Asyiknya,
membuat aku terleka
tugas hilang seketika
minda terpasung pesona
jiwa turut terbawa.

Terpukau alunan rimba.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
05/06/2014
7 Syaaban 1435
02.00am.

No comments:

Post a Comment