koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 2 April 2012
JENAZAH CINTA
Aku terkapar
tiada bermaya
kudratku tiada upaya
hanya mampu berserah cuma
bersemadi dalam sebuah penantian
kehadiranmu di pusara cinta
yang bertandakan cinta kita berdua.
Di pusara ini
aku setia menanti
kehadiranmu mengunjungi
jenazahku yang telah bersemadi
bersama kalungan
bunga cinta yang abadi.
Pusara ini...pusara cinta
kekal tersemadi selama-lamanya
jenazah dari seorang pencinta
yang setia sebelum ajal menyapanya.
ssz/spl/pm...02/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment