koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 20 December 2012
Seharum kasturi di hati.
Sekuntum mawar mekar berkembang,
aroma pesona haruman sejati;
sewangi kasturi tubuhmu sayang,
memikat sukma membelai sanubari.
Sekuntum mawar di telapak tangan,
kugubah menjadi hantaran kasihku;
agar berbunga merimbun di taman,
di taman syurgawi milikku milikmu.
Haruman kasturi mewangi di hati.
ss/spl/pm ... 20/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment