Wednesday, 2 January 2013

Dua Air Mata


aku lihat berita
anak-anak menitis air mata ketakutan
kerana hari pertama
menjejak kaki ke alam persekolahan
belum mengerti apa itu ilmu
bagai emas bekalan hidupmu...

11 tahun nanti
biar ibu ayah
menitiskan air mata keriangan
membasahi sehelai keputusan
yang kamu bawa pulang itu
menebus air mata darjah satu...

CNM, 2/1/13, 9.11pm, THMK.

No comments:

Post a Comment