koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 20 September 2013
Engkaukah?
... berselindung di balik rimbunnya bambu
dedaun pohonnya asyik berlagu
digesel sang bayu sungguh merdu
berlagu, mendayu bersiulan sayu; merayu.
Tertampar lamunan dari cengkaman
sendu menggumam bersendiri di halaman
menerpa rakus mencari bayangan
di celah daun menyuluh siulan, keriangan.
Mencari kamu duhai kekasihku
sepersalinan biru melilit tubuh genit, gebumu
ghairahnya aku semalaman yang berlalu
rupanya mimpi datang melawasku.
Basahlah aku di dalam kemarau
tanah yang gersang sungguh menyilau
jalan jatuh tergagau-gagau
di manakah kamu, di manakah engkau?
Tersedar lantas kalbuku meracau.
Sazalee Sulaiman ... 20/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment