Saturday, 4 January 2014

HINAKAH PEREMPUAN ITU? :Situasi ketiga.


Seorang perempuan
terpelajar
pendidikan sempurna
belajar di luar negara
mengambil PHD 
dan ijazah sejawatannya.

Bila pulang 
sudah ada jawatan menantinya
di sebuah syarikat koprat ternama
setiausaha di siang hari
setiausaha juga di malam hari
asalkan bos meminta.

Kerana buta dan nafsu
serta tuntutan kewangan
ingin bersenang lenang
tidak mahu; nasib malang keluarga berulang
sanggup menjadi perempuan simpanan
kangkang dihidang.

Arak diteguk-ranjang dipeluk
bunting disorok
gugur; klinik masuk
bos tak mahu namanya busuk
wang disogok-poket gemuk
hukum agama diperolok.

... .

Tidakkah sama
dirinya dengan pelacur di lorong hina
ataupun dia lebih hina
dari pelacur yang mengangkang
demi anaknya
kerana dia bukannya dipaksa.

Tepuk dada tanya selera.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
04/01/14.

No comments:

Post a Comment