Friday, 3 January 2014

HINAKAH PEREMPUAN ITU? :Situasi berbeza.


Seorang ibu muda
banyak tanggungan
memilih orang tua
sebagai suami
bukan kerana cinta
walau dikatakan ikhlas menerima
tapi kerana harta
senang masa hadapannya
anak-anak terbela.

Di kamar tidur tak jadi halnya
tak puas tak mengapa
sekali batuk terkulailah si tua
ayam berkokok baru tersedar lenanya
solat subuh berjemaah bersama
sarapan pagi dihidangkan juga
si tua ke kantor
dia ke belakang menyambung selera
semalam tak sempat sendawa.

Yang mana lebih hina?
... ,
si pelacur yang mengangkang kerana anaknya
atau si ibu muda yang mengangkang kerana harta
atau 
lebih kurangkah mereka
tiada perbezaannya.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
03/01/14.

No comments:

Post a Comment