Friday, 3 January 2014

HINAKAH PEREMPUAN ITU?


Hidup bergelumang maksiat
menjaja tubuh kelangkang berkeringat
segala dosa dibuat-buat tak ingat
berwajah lesu-bermuka pucat
mengharapkan wang di atas khidmat
hinakah perempuan itu?

Seorang perempuan-juga seorang ibu
sanggup berbuat apa sahaja termampu
agar anaknya tidak kebulur-kaku
demi sebotol susu
untuk mengisi tembolok lesu
sanggupkah kita menghina perempuan itu?

Seandainya perempuan itu ibu kita!
... ,
ya! Ibu kita 
ibu yang pernah menghuni lorong hina
demi kita yang dia cinta
sanggup lakukan apa sahaja termampu olehnya
walaupun hakikatnya; kerja itu dosa.

Sanggupkah kita?
Setelah kita meningkat dewasa 
berjaya dan berkerjaya
memacu kereta termahal di lebuhraya
punya isteri bak ratu cantik dunia
rumah tersergam bagai sebuah istana.

Tegakah kita menghina mereka?
Dari mana asalnya kita?
Kalau tidak kerana pengorbanan dia
...ibu kita.

Jangan! 
Jangan sesekali menghina perempuan itu
yang hina adalah pekerjaannya
bukannya dia
dia juga manusia
seperti kita.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
03/01/14.

No comments:

Post a Comment